Sumber Imej : Laman Rasmi PTPTN
CABUTAN WOW! SSPN-i PLUS 2019
Setiap pendeposit berpeluang memenangi hadiah berikut:
Cabutan Wow! Siri
Hadiah Siri | Bilangan Hadiah |
---|---|
Siri 1: Hadiah Tunai bernilai RM3,000 | 15 |
Siri 2: Hadiah Tunai bernilai RM3,000 | 15 |
Siri 3: Hadiah Tunai bernilai RM3,000 | 15 |
Jumlah Keseluruhan | 45 |
Cabutan Wow! Tahunan
Pemenang | Hadiah Tahunan | Bilangan Hadiah |
---|---|---|
Utama | Kereta Proton X70 Premium 2WD | 1 |
Saguhati | Hadiah Tunai bernilai RM1,500 | 150 |
Jumlah Keseluruhan | 151 |
KELAYAKAN
Kelayakan Umum Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2019
- Terbuka kepada pendeposit SSPN-i Plus;
- Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh:
- Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);
- Kakitangan HLMT dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);
- Pendeposit perlu memastikan akaun tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan;
- Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap RM50 (simpanan + takaful) bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan;
- Sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam tempoh promosi, akaun itu masih layak untuk menyertai cabutan.
- Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif sehingga tamat tempoh promosi.
Kelayakan Khas Cabutan Wow! Siri
Terbuka kepada pendeposit yang membuka akaun baharu dalam Tempoh Promosi.
Kelayakan Khas Cabutan Wow! Tahunan
- Terbuka kepada pendeposit baharu dan pendeposit sedia ada.
- Pendeposit sedia ada perlu membuat penambahan simpanan semasa Tempoh Promosi.
- Pendeposit sedia ada yang membuka akaun melebihi tiga (3) tahun dan telah membuat pengeluaran, bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih RM50 (simpanan + takaful) bersamaan dengan satu (1) cabutan.
Untuk soalan lazim, sila klik di sini.
Untuk maklumat lanjut terma dan syarat, sila klik di sini.
Sumber : Laman Rasmi PTPTN