PASTIKAN SYARAT PEMBUKAAN AKAUN SSPN PLUS DIPENUHI

WARGANEGARA MALAYSIA

Pendeposit dan Penerima Manfaat hendaklah warganegara Malaysia

PENDEPOSIT

Pendeposit mesti berumur 18 tahun ke atas atau sebelum 65 tahun bagi penyedia takaful HLMT dan TIFB dan sebelum 69 tahun bagi GETB.

PENERIMA MANFAAT

Penerima manfaat boleh berumur 1 hari sehingga sebelum 29 tahun

DIRI SENDIRI ATAU ANAK

Pendeposit yang mempunyai anak boleh membuka akaun untuk anak/anak jagaan sah dan/atau untuk diri sendiri.

Pendeposit berstatus bujang atau berkahwin tetapi tidak mempunyai anak hanya boleh membuka akaun untuk diri sendiri sahaja.

MAKLUMAT LAIN

Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat(anak).

Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun bagi penerima manfaat(anak) yang sama.

Bagi Pakej Berlian, setiap pendeposit hanya terhad kepada pembukaan sebanyak 2 akaun sahaja dan perlu membuat perakuan kesihatan semasa proses pembukaan akaun online, perakuan palsu boleh menyebabkan kesulitan dalam sebarang proses tuntutan.

*Akaun untuk diri sendiri tidak memerlukan pengisian maklumat penerima manfaat*

PILIH PAKEJ SSPN PLUS YANG SESUAI

Pakej INTAN

Mampu Milik

RM30/ Bulan

Pakej DELIMA

Pilihan Ramai

RM50/ Bulan

Pakej TOPAS

Pakej Terbaik

RM100/ Bulan

Pakej ZAMRUD

Pakej Mantap

RM200/ Bulan

Pakej NILAM

Simpanan Maks.

RM300/ Bulan

Pakej BERLIAN

Takaful Maks.

RM500/ Bulan

SEDIAKAN AMAUN DEPOSIT PEMBUKAAN YANG MENCUKUPI

PILIHAN 1

Deposit minimum 2 bulan simpanan

 

Wajib membuat pilihan potongan bulan secara automatik samada melalui bank atau potongan gaji untuk deposit-deposit bulan berikutnya.

Contoh Kiraan Amaun Deposit Pembukaan:

  • Pakej Intan – Deposit pembukaan = 2 bulan x RM30 = RM60
  • Pakej Delima – Deposit pembukaan = 2 bulan x RM50 = RM100
  • Pakej Topas – Deposit pembukaan = 2 bulan x RM100 = RM200
  • Pakej Zamrud – Deposit pembukaan = 2 bulan x RM200 = RM400
  • Pakej Nilam – Deposit pembukaan = 2 bulan x RM300 = RM600
  • Pakej Berlian – Deposit pembukaan = 2 bulan x RM500 = RM1000

Deposit bagi bulan berikutnya adalah mengikut nilai pakej yang telah didaftarkan, Cth Pakej Intan – RM30/Bulan etc.

Maklumat potongan perlu diisi semasa proses pembukaan akaun.

Auto Debit – Bank-bank yang diterima – MAYBANK , RHB ISLAMIC, BSN & BANK ISLAM

Direct Debit – Bank-bank selain MAYBANK, RHB ISLAMIC, BSN & BANK ISLAM

 atau Potongan Gaji Kerajaan/Swasta.

 

PILIHAN 2

Deposit untuk 6 bulan atau lebih

 

Tidak perlu menetapkan sebarang mod potongan sebaliknya pendeposit perlu meneruskan deposit pada bulan terakhir deposit melalui online banking, kaunter PTPTN atau melalui mana-mana agen sah SSPN Plus.

 

Sekiranya pendeposit berminat untuk mula menetapkan mod potongan, arahan Direct Debit boleh dibuat melalui Sistem Semakan Penyata SSPN Plus.

 

Bagi arahan Auto Debit, pendeposit perlu hadir untuk permohonan di mana-mana kaunter cawangan PTPTN manakala permohonan untuk Potongan gaji boleh dibuat melalui laman web PTPTN atau secara manual dengan mengisi borang di kaunter PTPTN.

 

 

 

 

MULAKAN PEMBUKAAN AKAUN BERPANDUKAN ILLUSTRASI BERIKUT

KLIK BUTANG DIBAWAH UNTUK MEMULAKAN PEMBUKAAN AKAUN
SETERUSNYA IKUTI ILLUSTRASI LANGKAH 1 HINGGA LANGKAH 11 ATAU SELESAI
1
2
3
4
5
8-9
10-11