Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020

Cabutan Wow SSPN-i Plus 2020

PTPTN dengan sukacita telah melancarkan Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020 pada majlis yang telah diadakan pada 14 Julai 2020.

 

Cabutan WOW! adalah promosi yang istimewa dan sinonim dengan SSPN-i Plus semenjak produk ini diwujudkan pada tahun 2015. Cabutan WOW! juga merupakan penghargaan diatas kesetiaan pendeposit yang setia membuat simpanan dalam SSPN-i Plus dan juga kepada pendeposit baharu SSPN-i Plus.

 

Cabutan WOW! SSPN-i Plus bagi tahun 2020 terdiri daripada dua kategori cabutan iaitu cabutan tahunan dan cabutan bulanan. Hadiah yang ditawarkan cukup menarik dan lumayan dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM1 juta.

 

Hadiah utama cabutan tahunan bagi Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020 adalah berupa kereta Mercedes Benz C200 FL AMG Line. Hadiah cabutan bulanan bagi Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020 pula adalah berupa wang tunai. Melalui Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020 ini, keseluruhan seramai 1,123 pendeposit akan berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

 

Promosi ini turut bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menikmati pelbagai manfaat dan perlindungan takaful yang ditawarkan kepada para pendeposit SSPN-i Plus.

 

Tempoh promosi Cabutan WOW! SSPN-i Plus ini akan berlangsung bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2020 bagi Cabutan Bulanan manakala bagi Cabutan Tahunan pula bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2020:

 

Kategori Tempoh Promosi
Cabutan Bulanan 1 Julai – 31 Julai 2020
1 Ogos – 31 Ogos 2020
1 September – 30 September 2020
1 Oktober – 31 Oktober 2020
1 November – 30 November 2020
1 Disember – 31 Disember 2020
Cabutan Tahunan 1 Januari – 31 Disember 2020

HADIAH CABUTAN WOW! SSPN-i PLUS 2020

 

Setiap pendeposit berpeluang memenangi hadiah berikut:

 

Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2020 (Cabutan Bulanan)

Bulan Hadiah Tunai Bilangan Pemenang
Julai RM2,020.00 20
Ogos RM2,020.00 20
September RM2,020.00 20
Oktober RM2,020.00 20
November RM2,020.00 20
Disember RM2,020.00 20

 

Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2020 (Cabutan Tahunan)

Pemenang Hadiah Pemenang Bilangan Pemenang
Utama Kereta Mercedes C200FL AMG LINE 1
Kedua Tunai bernilai RM50,000.00 1
Ketiga Tunai bernilai RM30,000.00 1
Saguhati Tunai bernilai RM500.00 1,000

 

Simpanlah dalam SSPN-i Plus untuk terus menikmati pelbagai manfaat dan perlindungan takaful serta hadiah lumayan yang ditawarkan.

 

Simpan, Simpan, Simpan, Jaminan Masa Depan!

 

Sumber : Lovesspn.Com